Apa Itu Ayam Serama

     Ayam serama merupakan ayam terkecil di dunia yang pandai menonjolkan diri, pandai memikat hati kini mempunyai nilai komersial dan telah tersohor ke seluruh dunia.
     Ayam serama disifatkan sebagai suka menunjuk-nunjuk. Jika ada kamera dan limpahan cahaya lensa, ayam ini segera mengangkat dada dan meluruskan ekor tegak ke atas hingga 90 darjah serta mengibas kedua-dua kepak.
     Ayam serama lebih dikenali kerana kecantikan menyebabkan dibela hanya untuk tujuan menyertai pertandingan atau sekadar hobi saja.

10 FAKTA TENTANG AYAM SERAMA
* Ayam serama dipercayai berasal dari Kelantan.
* Ayam serama dipercayai hasil kacukan pelbagai burung eksotik, termasuk burung hutan.
* Dikatakan nama serama berasal dari nama Seri Rama dan pada mulanya adalah haiwan peliharaan di istana.
* Jangka hayat ayam serama adalah antara tujuh hingga 15 tahun.
* Berat ideal ayam serama adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
* Ciri istimewa ayam serama adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah.
* Ayam serama mempunyai kira-kira 2,000 warna.
* Ayam serama menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
* Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
* Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.

6 CIRI-CIRI PENILAIAN AYAM SERAMA
* Jenis - Ciri utama ialah kepala melunjur ke belakang, bahagian belakang pendek, kepak menegak dan ekor panjang, penuh dan apabila berkembang, tidak menyentuh balung. Kedudukan tengah mata sama dengan kedudukan tengah kaki ketika berdiri.
* Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
* Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
* Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
* Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
* Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.

     Walau apapun yang anda pernah anda dengar tentang ayam serama, yang penting sekali adalah ayam serama jika dipelihara selain dari untuk mengisi masa lapang, ia juga dapat mengurangkan stress dan juga turut menambah pendapatan anda apabila ia sudah mula membiak.

     Jadi beli dan peliharalah ayam serama.

Comments

Popular Posts